Mengenai isu bayaran BR1M 2015 yang pertama di mana masih ramai yang tertangguh dan belum menerim#a bayaran yang sepatutnya diterima pada Januari lepas, sudah pasti risau kerana sehingga sekarang masih belum menerima bayaran masing-masing.
Apa yang kami perolehi dari sumber yang boleh dipercayai, untuk penerima BR1M 2015 yang tertangguh, pembayaran pertama ini akan dibayar secara tunai melalui bank yang akan diberitahu melalui surat pemberitahuan yang akan anda terima dalam masa terdekat ini.
Seperti yang kami nyatakan sebel#um ini, salah satu sebab utama anda tidak menerima bayaran pertama melalui akaun bank disebabkan terdapat masalah nombor akaun yang anda kemukakan kepada pihak LHDN sama ada melalui borang online mahu pun manual.
Di bawah adalah contoh surat pemberitahuan mengenai pembayaran pertama hanya boleh dilakukan secara tunai di bank yang dinyatakan.
(Surat BR1M 2015 pemberitahuan pembayaran / penunaian)
Sangat mudah, cuma bawa surat pemb#eritahun bayaran BR1M 2015 dan kad pengenalan sahaja ke bank dan anda akan mendapat bayaran BR1M 2015 yang pertama anda.
Sumber
0 komentar:
Posting Komentar