Kata-Kata Terakhir Nursyuhada Johari Sebelum Dikelar Teman Lelaki | Seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang telah disahkan meninggal dunia apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya tengah hari semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar 11.55 tengah hari di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, mangsa yang dikenali Nursyuhada Johari meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa menyatakan kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.
Sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.
BACA SAMBUNGAN BERITANYA DISINI
0 komentar:
Posting Komentar