Seorang wanita mengalami kerugian wang ringgit ketika menggunakan Cash Deposit Mach#ine (CDM) di stesen Petronas Batu 8 Cheras, pada 28 Februari yang lalu.
Difahamkan, Azrah Harun, pada ketika itu cuba mendepositkan wang tunai menggunakan CDM Maybank di stesen minyak itu.
Bagaimanapun, keti#ka itu mangsa menerima panggilan telefon menyebabkan mangsa terlupa akan urusannya seketika di mesin berkenaan yang masih belum diselesaikan.
Mangsa yang leka dengan telefon bimbitnya meninggalkan mesin berkenaan menyebabkan seorang wanita berbaju belang dan berkaca mata di sebelahnya mengambil peluang membatalkan urusan di mesin itu serta mengambil kesemua wang milik mangsa.
0 komentar:
Posting Komentar