PENEMUAN mayat seorang lelaki di bawah jejantas berdekatan Jalan Maarof menggemparkan orang awam yang melalui kawasan tersebut, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan bersandar di tiang bawah jejantas.
Menerusi maklumat Mykad yang ditemui di lokasi berkenaan, mangsa dikenali sebagai G Annadurai dan tinggal di kawasan berdekatan iaitu di Apartment Abdullah Hukum.
Sumber polis berkata, setakat ini pihak mereka tidak menemui apa-apa unsur jenayah yang boleh mendatangkan syak berhubung penemuan mayat ini.
Tambahnya, pihak polis sudah pun memaklumkan kepada waris bagi proses tuntutan mayat tersebut.
Video Penemuan Mayat Dalam Keadaan Sadis
sumber:
0 komentar:
Posting Komentar